Menu

INFO BALAI: BALAI POLIS CHEROH, RAUB, PAHANG

Balai Polis Cheroh, Raub, Pahang telah dibina sejak tahun 1923, namun telah dibina semula pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ketika itu, CP Dato’ Haji Abdul Rahman Haji Ismail pada 25 Ogos 1980.

Kawasan pentadbiran balai ini turut meliputi 26 buah kampung, kawasan-kawasan perladangan dan perindustrian serta taman-taman perumahan.

Kini, balai yang telah berusia 97 tahun itu diketuai oleh Ketua Polis Balai berpangkat Sub Inspektor dengan dibantu 25 Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

Selain itu, penugasan balai tersebut turut mendapat bantuan kekuatan dari tiga pondok polis iaitu Pondok Polis Samantan, Pondok Polis Batu Malim dan Pondok Polis Tersang.

Image may contain: text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS