Menu

41 PEGAWAI POLIS TAMAT KURSUS ASAS UTK

Kuala Lumpur, 12 Mac 2020 – Seramai 41 orang peserta terdiri daripada tujuh pegawai kanan dan 34 anggota Polis Diraja Malaysia secara rasminya berjaya menamatkan Kursus Asas Unit Tindakhas (UTK) Siri 2/2019 yang diraikan dalam sebuah majlis serba ringkas di Ibu Pejabat Unit Tindakhas, Bukit Aman pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dalam ucapan perasmiannya telah menzahirkan rasa bangga kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut.

Kursus selama tiga bulan yang bermula daripada 2 September 2019 sehingga 30 November 2019 lalu, telah mendedahkan para peserta kepada pelbagai bentuk latihan antaranya kemahiran menembak, latihan asas kemahiran tali, asas ‘close quarter combat’, asas serbuan bangunan, kenderaan, kereta api, kapal terbang serta lain-lain latihan yang mencabar fizikal dan mental mereka.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Khas) Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Dato’ Fisol Salleh, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am), DCP Datuk Mastor Mohd Ariff, Komander UTK, SAC Tuan Mohd Khairi Khairudin serta para pegawai kanan PDRM.

28
Sekitar Majlis Pemakaian Beret Tamat Kursus Asas UTK Siri 2/2019 pada hari ini.

41
Sekitar Majlis Pemakaian Beret Tamat Kursus Asas UTK Siri 2/2019 pada hari ini.

45
Sekitar Majlis Pemakaian Beret Tamat Kursus Asas UTK Siri 2/2019 pada hari ini.

1
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Pengarah KDNKA, CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

6
Sesi menandatangani buku pelawat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.

25
Sekitar Majlis Pemakaian Beret Tamat Kursus Asas UTK Siri 2/2019 pada hari ini.

33
Sekitar Majlis Pemakaian Beret Tamat Kursus Asas UTK Siri 2/2019 pada hari ini.

56
Sesi bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS