USAHA POLIS KL MEMBERI NASIHAT KEPADA ORANG RAMAI UNTUK TERUS BERADA DI DALAM RUMAH
Demi memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang bermula semalam, Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kuala Lumpur mengambil pendekatan turun padang menasihati orang ramai untuk tidak keluar dari kediaman masing-masing.
Perintah tersebut dibuat untuk memantapkan lagi kawalan bagi menangani penularan koronavirus baharu (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.
Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan tersebut, tindakan di bawah Peraturan 7 boleh dikenakan yang membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Sumber: Polis KL
https://www.facebook.com/PolisDangWangi/videos/pcb.1537728806387671/546342795989833/?type=3&theater