Pakaian Seragam Special Constable (Lelaki).
Pada 18 Jun 1948, Sir Ardward Gent selaku Pesuruhjaya British di Tanah Melayu telah mengisytiharkan darurat. Untuk menjaga kepentingan ekonomi negara ketika itu, maka satu Pasukan Polis telah ditubuhkan iaitu Special Constables (SC) dengan tujuan bagi melindungi ladang-ladang getah, lombong-lombong bijih, harta-harta awam dan harta-harta persendirian daripada diganggu.
Pada 26 Jun 1948, kerajaan telah memulakan pengambilan SC secara besar-besaran. Selain daripada menjaga lombong-lombong dan ladang, SC ini juga bertanggungjawab menjadi pengawal kepada pengurus-pengurus ladang dan juga tugas-tugas eskot serta mengawal “Vulnurable Point".
Pengambilan anggota SC telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada belia Melayu di mana dalam tempoh enam bulan sahaja seramai 28,000 orang telah berjaya menamatkan latihan. Menjelang tahun 1949, angka ini meningkat kepada 30,000 orang dan akhirnya pada 31 Mac 1953 angka ini meningkat kepada 41,585 orang.
Pada tahun 1952, SC disusun dalam pasukan Unit Kawalan Kawasan (Area Security Unit) dan Skuad Khas Polis (Police Special Squad Group) di bawah perintah Liutenant Polis dan Inspektor-inspektor sementara. Tugas Unit Kawalan Kawasan ialah menjalankan rondaan offensive dan mengawal kawasan-kawasan yang dimajukan manakala Skuad Khas Polis diberi tugas-tugas operasi khas di hutan-hutan belantara.
Keperluan bagi pakaian tersebut ialah:
- Beret berwarna biru /Cap badges
- Baju lengan panjang kuning siap berbutang
- Seluar panjang kuning
- Tali pinggang kain hijau
- Tanda lengan kain biru (SC)
- Kasut kulit hitam
#HariPolis213
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP