Menteri Besar (MB) Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah membuat lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pagi tadi.
Beliau turut meninjau penugasan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain menyampaikan topeng muka kepada orang ramai yang melalui lokasi sekatan.