Sebanyak dua buah helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) jenis Ecureuil AS355N dan Agusta Westland AW139 bakal melakukan terbang lintas di ruang udara Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Polis ke-213.
Kesemua helikopter tersebut akan membawa bendera Jalur Gemilang dan Sang Saka Biru semasa lagu Negaraku dan Sedia Berkhidmat dinyanyikan.