Menu

#COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: ARAHAN TANGKAP JIKA INGKAR PKP

Kuala Lumpur, 27 Mac 2020 - Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menangkap individu yang terus berdegil melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor berkata, orang ramai hanya perlu duduk di rumah masing-masing.

Menurutnya, sebagai manusia biasa, semua pihak sepatutnya sudah faham peraturan dan arahan PKP itu.

"Jangan mengundang polis untuk ambil tindakan. Sekiranya mereka melanggar peraturan maka kita terpaksa ambil tindakan undang-undang.

"PKP dilakukan sebagai usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dan kita harap orang ramai membantu menangani wabak ini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

#STAYHOME#BESAFE
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

Image may contain: 1 person, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS