Seremban, 28 Mac 2020 - Lelaki berusia 37 tahun menjadi individu pertama ditahan di Kuala Pilah, kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kejadian berlaku di satu sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir, berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki itu ditahan pada 3.40 petang selepas enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik.
“Suspek dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang bagaimana pun gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis. Suspek juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya ketika dihubungi.
Laporan penuh di pautan berikut https://www.hmetro.com.my/…/enggan-patah-balik-cabar-polis-…
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN