Johor Bahru, 31 Mac 2020 - Tindakan dua lelaki warga emas mendaki Gunung Lambak dekat Kluang petang semalam membawa padah, apabila kedua-duanya ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Kluang, ACP Tuan Mohd Abduh Ismail, berkata lelaki berusia 64 dan 66 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 petang oleh sepasukan polis hasil daripada maklumat yang diterima.
“Ketika rondaan, pihak polis menerima maklumat terdapat dua lelaki warga tempatan sedang mendaki Gunung Lambak.
“Hasil siasatan awal kedua-duanya tidak dapat memberi alasan yang munasabah mengapa mereka berada di luar rumah ketika dalam tempoh PKP. Justeru itu, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kluang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan https://www.bharian.com.my/…/dua-warga-emas-daki-gunung-lam…
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia