Kuala Lumpur, 31 Mac 2020 – Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin hari ini mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi meninjau sendiri kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Ketibaan beliau sekitar jam 4.00 petang tadi disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bersama timbalannya, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
Dato’ Seri Hamzah bersama delegasi KDN kemudiannya dibawa melawat ke Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi melihat sendiri sistem pengoperasian pemantauan PDRM khususnya dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa kedua bermula esok.
Sejurus selesai, rombongan Menteri KDN diiring pula ke Bilik Mesyuarat Utama KPN untuk mendengar taklimat berkenaan penugasan Op Covid-19 dan perancangan pasukan bertindak atau ‘task force’ khusus untuk mengesan baki peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang masih belum menjalani pemeriksaan saringan Covid-19.
Lawatan kerja tersebut berakhir kira-kira jam 7.00 petang.
Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Dato’ Jamil Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dato’ Wan Ahmad Dahlan Wan Ab Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, barisan pengarah PDRM, delegasi KDN dan rakan media.

Sekitar taklimat berkenaan penugasan Op Covid-19 dan perancangan pasukan bertindak atau ‘task force’ khusus untuk mengesan baki peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang masih belum menjalani pemeriksaan saringan Covid-19.

Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin menandatangani buku pelawat.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan timbalannya, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bergambar kenangan bersama Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

Sekitar lawatan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin ke Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Taklimat ringkas yang disampaikan oleh Timbalan Pengawal Pusat Kawalan Malaysia (MCC), SAC Tuan Adlan Ahmad.

Sekitar taklimat berkenaan penugasan Op Covid-19 dan perancangan pasukan bertindak atau ‘task force’ khusus untuk mengesan baki peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang masih belum menjalani pemeriksaan saringan Covid-19.

Sekitar taklimat berkenaan penugasan Op Covid-19 dan perancangan pasukan bertindak atau ‘task force’ khusus untuk mengesan baki peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang masih belum menjalani pemeriksaan saringan Covid-19.

Sekitar taklimat berkenaan penugasan Op Covid-19 dan perancangan pasukan bertindak atau ‘task force’ khusus untuk mengesan baki peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang masih belum menjalani pemeriksaan saringan Covid-19.

Sesi sidang media.

Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin menyerahkan penutup mulut dan hidung serta sarung tangan kepada warga PDRM yang diwakili oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.