Serdang, 8 April 2020 - Kejujuran dua anggota polis memulangkan dompet seorang lelaki yang tercicir di sebuah pasar raya di Bandar Kinrara, di sini, kelmarin, wajar dipuji.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan Ismadi Borhan berkata, kedua-dua anggota terbabit iaitu Konstabel/S Vadivelan dan Konstabel/S Piragas sedang melakukan kawalan keselamatan di pasar raya berkenaan sebelum menemui dompet berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati dompet itu mengandungi wang tunai RM850 dan dokumen pengenalan diri.
Mereka terus menyerahkan kepada pemiliknya selepas mengetahui lelaki berkenaan masih berada di dalam pasar raya itu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.