Menu

#COVID-19 : POSTING PILIHAN: MENTERI KDN ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPD LANGKAWI

Langkawi, 11 April 2020 - Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, petang semalam.

Intipati lawatan beliau antaranya bagi mendengar taklimat mengenai sistem pengawasan keselamatan televisyen litar tertutup (CCTV) dengan menggunakan teknologi 5G di IPD berkenaan.

Terdahulu, Dato' Seri Hamzah sempat meluangkan masa menyantuni para petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan Op COVID-19 di sekitar pasar awam yang terletak di Padang Matsirat.

Turut serta dalam lawatan kerja tersebut ialah Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Jamil Rakon dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Sumber: Polis Langkawi

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS