Menu

#COVID-19 POSTING PILIHAN: SISTEM RONDAAN ABERDEEN KERETA PERONDA POLIS (MPV) BERSAMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

Petaling Jaya, 16 April 2020 - Bagi memantapkan lagi penugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah melancarkan sistem rondaan Aberdeen Kereta Peronda Polis (MPV) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Arjunaidi Bin Mohamed semasa melancarkan majlis tersebut di Balai Polis Damansara berkata, setiap Kereta Peronda Polis (MPV) akan membawa empat orang petugas yang terdiri daripada anggota polis dan ATM.

'Apabila tiba di lokasi yang telah ditetapkan, para petugas akan membuat rondaan secara berjalan kaki.' Tambahnya sistem penugasan ini dilihat lebih efektif dan akan menyasarkan tempat-tempat tumpuan orang ramai bagi memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hadir sama, ACP Nik Ezanee Bin Mohd Faisal Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Ku Mashariman Bin Ku Mahmood Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Mejar Zabanoor Bin Hassim, Ketua Kompeni Bantuan 25 RAMD.

Sumber : Polis Selangor

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, car and outdoor

Image may contain: one or more people

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, shoes and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoor

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 2 people, outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS