Kota Bharu, 17 April 2020 - Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin hadir membuat tinjauan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah lokasi di negeri ini, hari ini.
Dalam program tersebut, Dato' Hamzah sempat melihat penugasan sekatan jalan raya di Pasir Pekan sebelum beliau dibawa menaiki bot milik Pasukan Polis Marin bagi melihat keberkesanan operasi di sempadan perairan Malaysia-Thailand.
Beliau turut melawat beberapa lokasi lain seperti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha KDN, Dato' Jamil Rakon, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato' Indera Khairul Dzaimee Daud, Ketua Polis Kelantan, DCP Dato' Hasanuddin Hassan dan para pegawai kanan KDN serta PDRM.
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN