Orang ramai dan ahli perniagaan khususnya mereka yang terlibat dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dinasihatkan agar berhari-hati dengan sindiket penipuan yang menggunakan pelbagai taktik untuk memperdayakan mangsa. Penipuan ini boleh mengakibatkan kerugian dalam bentuk wang dan berisiko menjejaskan butiran maklumat perbankan mereka yang sensitif dan sulit.
Modus operandi terkini sindiket penipuan, termasuk menyamar sebagai pegawai bank dan/atau wakil bank yang ingin memudahkan bantuan kewangan dan/atau membantu menyediakan permohonan pinjaman serta mendapatkan pembiayaan yang melibatkan pakej rangsangan dan langkah-langkah bantuan khas seperti Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dan institusi-institusi kewangan.
Sebagai alternatif, mereka yang terlibat dalam perniagaan PKS boleh mendapatkan pilihan pembiayaan yang sah melalui platform dalam talian imSME.com.my. Sebarang keraguan, anda boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-5465 atau mendapatkan maklumat yang sahih berhubung dengan penipuan SRF melalui nombor telefon berikut.
• ABM melalui ABMConnect di talian 1300-88-9980 atau melalui eABMConnect di www.abm.org.my untuk Bank Perdagangan Konvensional.
• AIBIM di talian 03-2026 8002/13 atau e-mel kepada staff@aibim.com untuk perkhidmatan Perbankan Islam.
• ADFIM di talian 03-2694 9871 atau e-mel kepada adfim@adfim.com.my untuk Institusi Kewangan Pembangunan.
Sumber: Persatuan Bank Bank dalam Malaysia (ABM)
Sila layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini dari kami di:
Facebook - https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/
Instagram - https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
Twitter - https://twitter.com/PDRMsia
You Tube - https://www.youtube.com/user/PDRMsia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#ScamAlert
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP