Menurut laporan dari Persatuan Haiwan Malaysia, pembuangan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing meningkat 3 kali ganda di ibu kota ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Antara sebab yang dikenal pasti berlaku kerana ramai pemilik haiwan peliharaan tersebut khuatir akan berlakunya jangkitan wabak COVID-19 dan tidak mampu lagi untuk membela mereka akibat kehilangan sumber pendapatan ketika PKP.
Dalam hal ini, suka Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati masyarakat khasnya pemilik-pemilik haiwan peliharaan agar lebih peka dengan nasib makhluk ciptaan Tuhan itu.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, sehingga kini, TIADA penemuan saintifik menunjukkan terdapat jangkitan daripada haiwan kesayangan kepada manusia. Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2763742767013311&substory_index=0&id=155687487818865
Manakala Garis Panduan Kepada Pemilik Anjing dan Kucing Semasa Tempoh PKP pula boleh dibaca menerusi pautan: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2763863343667920&id=155687487818865
Suka PDRM tegaskan di sini bahawa mana-mana pemilik yang meninggalkan mana-mana haiwan sehingga menyebabkan ia terabai, sakit, lapar dan dahaga boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015. Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(p) yang memperuntukkan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun.
Sayangilah haiwan peliharaan anda, kerana mereka juga adalah sebahagian daripada keluarga kita!
Sumber: Free Malaysia Today dan Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN