Menu

#COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: 24 KES BERITA PALSU COVID-19 DIDAKWA DI MAHKAMAH


Putrajaya, 24 April 2020 – Sebanyak 24 kes penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didakwa di mahkamah setakat ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak 238 kertas siasatan berkaitan berita palsu COVID-19 dibuka hingga hari ini berbanding 237 kertas siasatan semalam.

"Daripada jumlah itu sebanyak 170 masih dalam siasatan, manakala 24 kes didakwa di mahkamah dan 13 mengaku salah. Sebanyak 11 kes diberikan notis amaran. Orang ramai boleh menyemak kesahihan berita melalui portal sebenarnya.my. Kerajaan memberi peringatan kepada rakyat untuk berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya”, ujarnya.

"Tidak pasti, jangan kongsi. Pihak Polis Diraja Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu," katanya di Putrajaya, hari ini.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/681144/24-kes-berita-palsu-covid-19-didakwa-di-mahkamah?fbclid=IwAR3MrVW2q75YNkv5-II6MtVWBeVDn11sY8d1HpMx_6_mE3yUJ8WYrdcwKuM
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS