Inspektor Sinniah Rajoo dan Koperal Dayang Hartini Abang Ahmad dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur telah menghulurkan bantuan kepada pasangan warganegara Rusia dan bayi kecilnya, sewaktu penugasan sekatan jalan raya di Jalan Ampang, petang tadi.
Atas dasar keperihatinan terhadap pasangan itu yang mempunyai masalah kewangan serta ketiadaan tempat tinggal, Inspektor Sinniah dan Koperal Dayang telah membelikan lampin pakai buang dan seterusnya membawa mereka ke Balai Polis Jalan Tun Razak untuk proses selanjutnya.
Kegembiraan jelas terpancar di raut wajah pasangan itu sejurus bantuan diberikan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Inspektor Sinniah dan Koperal Dayang atas sikap mulia yang dipamerkan.
Sumber: JSPT KL
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#24042020