Menu

ARTIKEL PILIHAN: POLIS CARI DUA WARGA ROHINGYA CETUS PROVOKASI

Polis kini sedang mengesan dua lelaki dipercayai warga Rohingya kerana memuat naik video menghina masyarakat menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Bagaimanapun polis sedang mengesan kedua-dua lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi empat minit itu mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dua lelaki dipercayai warga Rohingya menghina serta mengeluarkan kata-kata lucah kepada masyarakat dan pengguna Facebook.

Video yang disiarkan secara langsung itu menerima kecaman netizen yang mahu kedua-dua lelaki itu ditahan.

Malah ada yang mendakwa dua lelaki berkenaan sudah ditahan oleh beberapa individu.

Sekumpulan individu turut memuat naik gambar mereka menyerbu rumah dua lelaki berkenaan.

Sumber: Harian Metro


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/571379/polis-cari-dua-warga-rohingya-cetus-provokasi
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS