Shah Alam, 11 Mei 2020 - Polis mengesahkan video tular mengenai seorang remaja dipercayai warga Rohingya cuba membuka pintu kereta pemandu wanita di lampu isyarat berhampiran persimpangan bertingkat Batu Tiga, di sini merupakan video lama.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Tuan Baharudin Mat Taib berkata rakaman video tersebut diambil pada 7 Mei 2017.