Ayer Keroh, 13 Mei 2020 – Delegasi Kepimpinan National Task Force (NTF) yang diketuai oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama merangkap Timbalan Komander NTF, Mejar Jeneral Abd Malik Jiran telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Sulaiman Md Ali, di sini, sebentar tadi.
Kunjungan ini merupakan fasa pengenalan dan penyampaian taklimat berhubung fungsi NTF serta pelaksanaan Op Benteng yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi penguatkuasaan yang lain dalam mempergiatkan operasi kawalan keselamatan persempadanan daratan dan perairan negara.
Operasi tersebut bertujuan mengelakkan negara daripada diceroboh oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berkemungkinan membawa COVID-19 serta boleh mewujudkan kluster baharu virus berkenaan di negara ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) PDRM, DCP Datuk Mastor Mohd Ariff dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ibrahim Mohamed.
Sumber: Markas Angkatan Tentera Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN