Menu

#PKPB #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: SEDIA UNTUK ‘DIKURUNG’, RAKYAT PERLU SEDIA PKPB DITARIK BALIK JIKA KES COVID-19 MENINGKAT

Putrajaya, 15 Mei 2020 - Rakyat perlu bersedia sekiranya ‘kebebasan’ dikecapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditarik semula sekiranya penularan Covid-19 kembali meningkat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti termasuk bekerja namun pematuhan tinggi setiap prosedur operasi standard (SOP) perlu dijadikan amalan.

Menurutnya, beberapa negara seperti Jerman, Korea Selatan dan China yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya kini ditarik semula disebabkan peningkatan kes.

“Apa yang berlaku hari ini (semalam) mungkin berbeza esok (hari ini) kerana setiap keputusan kerajaan bergantung kepada situasi dan data diperoleh.

“Kita bernasib baik kerana ada kelonggaran dan setiap kebenaran diberikan perlu diambil dengan tanggungjawab demi menjaga kepentingan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS