Menu

#PKPB #COVID-19 TINJAUAN AMBANG SYAWAL KPN TERHADAP 'FRONTLINERS' DI PLAZA TOL GOMBAK

Gombak, 23 Mei 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador melapangkan masa meninjau penugasan petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya dekat Plaza Tol Gombak, di sini, sebentar tadi.

Kehadiran beliau yang diiringi Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin bertujuan memantau sendiri kelancaran operasi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi menangani wabak Covid-19 menjelang 1 Syawal, dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi.

Selain beramah mesra dengan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain agensi bantuan, Tan Sri Abdul Hamid sempat menyampaikan sumbangan kebajikan sebelum ditemu bual oleh pihak media bagi memaklumkan perkembangan situasi keselamatan terkini.

Semalam menerusi Perutusan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2020, Tan Sri Abdul Hamid menyanjung pengorbanan yang telah dibuat oleh para petugas barisan hadapan khasnya dari PDRM dengan menyifatkan mereka sebagai 'wira di hati masyarakat dan negara'.

"Yakinlah, bahawa setiap kudrat yang dikerah, lelah yang dihela, keringat yang mengalir dan titisan air mata yang jatuh dalam perjuangan ini, akan sentiasa diiringi dengan doa serta harapan daripada seluruh ahli keluarga dan masyarakat," ujar beliau dalam laman Facebook rasminya.

Hadir sama dalam majlis tadi ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DCP Dato' Idris Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Arjunaidi Mohamed serta rakan-rakan wartawan.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, people standing, night and outdoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador meninjau penugasan petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya dekat Plaza Tol Gombak.

Image may contain: one or more people, night, sky and outdoor
Sekitar penugasan petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya dekat Plaza Tol Gombak sebentar tadi.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Sekitar penugasan petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya dekat Plaza Tol Gombak sebentar tadi.

Image may contain: 4 people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 2 people
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador diiringi Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin meninjau penugasan petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya dekat Plaza Tol Gombak.

Image may contain: 3 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador meninjau penugasan petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya dekat Plaza Tol Gombak.

Image may contain: 6 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan sumbangan kebajikan kepada para petugas barisan hadapan di lokasi sekatan jalan raya dekat Plaza Tol Gombak sebentar tadi. 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS