Menu

ARTIKEL PILIHAN: PUSARA PEJUANG BUKIT KEPONG KEKAL TERPELIHARA

Banyak panggilan diterima Ketua Kampung Bukit Kepong, Encik Hazali Mohd Amin, 57, daripada orang luar yang mahu menziarah pusara pejuang Bukit Kepong, khasnya pada Aidilfitri, namun ia terpaksa ditolak dengan baik.

"Cukuplah sekadar mendoakan pejuang-pejuang ini. Orang ramai boleh menziarah pusara ini apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan," katanya.

Menurut Encik Hazali, pusara berkenaan yang seluas kira-kira 1.5 hektar turut dijaga penduduk serta pelbagai pihak yang prihatin.

Katanya, setiap bulan, penduduk kampung berkenaan akan bergotong-royong membersihkan kawasan pusara berkenaan.

"Kerja penjagaan pusara yang menempatkan pejuang yang meninggal dunia akibat serangan pengganas komunis pada 23 Februari 1950 turut membabitkan anggota polis, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Kami bukan saja mengecat batu nesan malah membersihkan rumput selain menyapu daun kering, kerana itu kawasan pusara bersih," katanya ditemui di kawasan pusara berkenaan.

Hadir sama Imam Masjid Bukit Kepong, Imam Ahmad Radikon Sipon, Imam II, Imam Wan Azman Wan Ali dan Ketua Kampung Tui, Encik Abd Rahman Musip.

Menurut Encik Hazali, ada kira-kira 200 pusara di tanah perkuburan berkenaan yang wujud sejak 1940-an namun sebahagiannya tidak direkodkan.

"Kami akan terus menjaga tanah perkuburan ini bagi memastikan ia terus terpelihara," katanya.

Sumber: Harian Metro

 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS