Menu

#PKPB #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: RUPANYA RAMAI MAHU KAHWIN!

Kuala Lumpur, 3 Jun 2020 - Bakal pengantin yang mahu disatukan dan perlu merentas negeri kini boleh berbuat demikian dengan memohon kebenaran polis.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri semalam, bersetuju memberi kebenaran itu untuk memudahkan urusan akad nikah pasangan.

"Rupanya ramai yang nak bernikah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk ketika PKP Bersyarat (PKPB) ini dan antaranya perlu merentas negeri kerana pasangan di negeri lain.

"Jadi mesyuarat hari ini (semalam) faham keperluan tersebut dan bersetuju membenarkan rentas negeri bagi urusan akad nikah, tetapi tertakluk syarat sama, perlu ada kelulusan polis.

"Juga patuh prosedur operasi standard (SOP) sama seperti tidak boleh bersalaman, majlis tidak melebihi 20 orang dan sebagainya," katanya pada sidang media harian, semalam. Dato’ Sri Ismail Sabri berkata, kebenaran turut diberikan kepada jurufoto perkahwinan yang mahu mengambil gambar pengantin sama ada ketika majlis berlangsung mahupun gambar praperkahwinan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS