Kuala Lumpur, 4 Jun 2020 - Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) terhadap kes pemandu yang maut kemalangan akibat pengambilan alkohol disifatkan tinggi menjangkau 23.3 peratus.
Melalui data Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) antara 2006 hingga 2009 mendapati, seramai 91 individu daripada 391 pemandu yang maut membabitkan 28.1 peratus golongan pemandu kereta diikuti penunggang motosikal 22.1 peratus.
Ketua Pengarah Miros, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata, peratusan paras kandungan alkohol di dalam darah pula menunjukkan 82 peratus kes mempunyai paras alkohol 80 miligram (mg) atau 100 mililiter (ml) dan ke atas.
"Justeru Miros mengesyorkan supaya kerajaan menilai semula penetapan had kandungan alkohol yang ditetapkan untuk pemandu iaitu menurunkan had sedia ada kepada had baharu seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, Miros juga mendapati pemanduan di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali lebih berisiko menyebabkan kemalangan berbanding pemanduan bebas alkohol.
"Risiko pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk adalah satu isu yang sangat besar kerana ia boleh mengakibatkan kemalangan dan risiko kematian akibat ketidakwarasan pemikiran seseorang ketika memandu dalam keadaan yang mabuk.
"Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 21 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk dicatatkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini. Daripada jumlah itu, lapan mangsa kehilangan nyawa," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut, https://www.pressreader.com/…/hari…/20200604/281560883016458
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN