Menu

#JomBeringat JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT BANK DI MEDIA SOSIAL UNTUK TERIMA DUIT RAYA “ONLINE”

Amalan memberi atau menerima duit raya secara dalam talian merupakan perkara baharu yang dilakukan oleh masyarakat di negara ini, selepas tahap kesedaran berkenaan jangkitan COVID-19 semakin meningkat.

Perkara itu amat digalakkan. Namun, kecuaian memaparkan nama dan nombor akaun bank di media sosial boleh mengundang masalah di kemudian hari.

Tahukah, hanya dengan maklumat yang dipaparkan itu boleh digunakan oleh sindiket penipuan untuk memperdayakan anda?

Anda mungkin akan dihubungi oleh individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai polis, bank, imigresen atau lain-lain pihak dengan menyatakan terdapat kesalahan tertentu yang memerlukan anda memindahkan wang dengan segera.

Ketahuilah, walaupun ia taktik ‘lapuk’, namun masih ramai yang menjadi mangsa setiap hari.

Nasihat kami, memadailah berkongsi maklumat tersebut secara peribadi sahaja. Tidak perlu dipaparkan secara umum yang kononnya untuk memudahkan si pemberi.

Image may contain: text that says 'தகர … Memandangkan raya ni perlu jaga penjarakan sosial dan tak boleh bersalam, sudilah beri duit raya online pada iolls yer. Hehehe Nama: Ahmad Albab Yang Punya No akaun: 123-456-789 (Bank Ali Baba)'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS