Menu

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: MATA-MATA DARI AWAN

Kuala Lumpur, 15 Jun 2020 – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) akan melaksanakan pemantauan melalui udara bagi mengesan individu yang melakukan kesalahan trafik dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md Jani berkata, pemantauan itu membabitkan dua helikopter jenis AS355N dan AW139 dengan penerbangan dua kali sehari.

Menurutnya, helikopter AS355N dilengkapi kamera canggih dikenali ‘wescam’ yang boleh mengenal pasti dan merekod nombor pendaftaran kenderaan yang didapati melanggar undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Sejak PKPP dilaksanakan, kami sudah menjalankan pemantauan dari udara dan membantu Jabatan Penguatkuasaan Trafik mengenal pasti pesalah trafik melanggar peraturan jalan raya termasuk mereka yang menggunakan laluan kecemasan.

“Wescam dipasang untuk operasi sepanjang PKPP dan dengan adanya kamera canggih ini, ia akan terus dihantar secara langsung ke Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau mengingatkan pengguna jalan raya bahawa pemantauan udara diteruskan daripada semasa ke semasa bukan saja untuk memantau keadaan trafik di semua lebuh raya utama negara, tetapi juga mengesan pesalah trafik.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS