Menu

#PKPP #COVID-19 [ARTIKEL PILIHAN] OP BENTENG: 45 PATI DITAHAN CUBA LOLOS LORONG TIKUS

Kajang, 15 Jun 2020 - Seramai 69 individu termasuk 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih sejak April lalu hingga semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, semua individu ditahan dalam Op Covid-19 dan Op Benteng itu membabitkan enam daerah pantai pesisir pantai di Selangor iaitu Kuala Langat, Klang Selatan, Klang Utara, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

"Seramai 45 pati yang ditahan itu ketika cuba keluar dan masuk secara tidak sah melalui lorong tikus di kawasan itu.

"Manakala selebihnya membabitkan warga tempatan yang melakukan kesalahan seperti melanggar PKP, penyalahgunaan dadah, jenayah dan juga tekong darat.

"Semua yang ditahan berusia lingkungan 20an hingga 50an membabitkan lelaki dan wanita. Bagi tangkapan ini sebanyak 13 laporan dibuka," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut: https://www.hmetro.com.my/…/45-pati-ditahan-cuba-lolos-loro…

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS