Bermula esok, calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Vokasional Malaysia, Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia akan mula kembali ke sekolah untuk meneruskan 'perjuangan' mereka.
Bagi memastikan kesihatan dan keselamatan adik-adik terjamin, abang dan kakak Polis yang dilantik sebagai pegawai perhubungan sekolah telah turun padang untuk melihat sendiri persediaan yang dilakukan oleh pihak sekolah, dalam memastikan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan sentiasa dipatuhi seperti yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur.
Selamat maju jaya buat adik-adik semua. Apa yang penting ialah sentiasa amalkan norma dan kebiasaan baharu dalam persekolahan adik-adik semua. #KitaJagaKita
Sumber: Polis Brickfields
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
