Kuantan, 27 Jun 2020 - Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin hari ini mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kontinjen Pahang.
Ketibaan beliau yang diiringi Timbalan Menteri KDN I, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang telah disambut oleh Ketua Polis Negeri, CP Dato' Abd Jalil Hassan dan timbalannya, DCP Dato' Mohd Yusry Haji Hassan Basri.
Lawatan sehari itu antara lainnya bertujuan meneliti skop penugasan pencegahan jenayah dan kawalan keselamatan oleh pihak polis ketika masih berdepan dengan ancaman wabak COVID-19 di negeri Pahang.
Sejurus selesai, rombongan KDN turut berkesempatan meninjau keadaan kuarters di Balai Polis Paloh Hinai dan Chini serta menyantuni warga polis kontinjen yang sedang bertugas.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Dato' Jamil Rakon dan Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Pahang.
Sumber: Polis Pahang
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia HELP BREAK THE COVID-19
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016