Sungai Buloh, 28 Jun 2020 - Sebagai mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan penularan COVID-19 dapat ditangani dengan sebaiknya, para pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang terlibat melakukan siasatan kes kemalangan di lapangan perlu mengenakan sut peralatan perlindungan diri (PPE).
Dalam satu kes kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di susur masuk Hospital Sungai Buloh awal pagi tadi, Pegawai dan Penolong Pegawai Penyiasat dari Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) JSPT telah mengenakan sut tersebut sebelum menjalankan siasatan lanjut dan menguruskan mangsa yang terlibat.
Pemakaian PPE merupakan amalan normal baharu oleh JSPT terutama melibatkan siasatan kes kemalangan maut dan mangsa yang mengalami kecederaan parah.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


