Melaka, 29 Jun 2020 - Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka menyita sebanyak 42 buah motosikal dan mengeluarkan 757 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Motosikal Khas di tiga tol utama, di sini semalam.
Operasi yang dijalankan di Tol Air Keroh, Tol Lipat Kajang dan Tol Simpang Ampat itu merekodkan kesalahan tiada lesen memandu serta pengubahsuaian kenderaan terhadap semua pemilik motorsikal yang disita. Kes disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana penunggang motosikal yang melanggar undang-undang dan ibu bapa juga dinasihatkan agar memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.
Sumber: Polis Melaka
Paparan dalam sistem ini paling sempurna dengan menggunakan Internet Explorer 8 ke atas dan resolusi skrin 1280 x 800 Disediakan oleh : Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) dengan kerjasama Bahagian Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, 50560 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Telefon: +603 - 2266 2222 E-mel : rmp[at]rmp[dot]gov[dot]my Bantuan Portal | Peta Laman | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis Hakcipta | Penafian | Hakcipta Terpelihara PDRM 2016