Begitulah aksi comel salah seorang murid di Prasekolah Kebangsaan Parit Keroma, Muar, Johor yang meminta bantuan gurunya apabila mendapati topeng muka yang dipakai sedikit longgar.
Panggilan kanak-kanak itu mendapat perhatian Ketua AMANITA, ASP Sharidathul Aflaha Ismail selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, yang segera membetulkan semula topeng muka yang dipakainya.
Kehadiran ASP Sharidathul di taska berkenaan adalah bagi memastikan para guru dan murid mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai memulakan hari persekolahan dalam keadaan norma baharu.
Turut kelihatan, Lans Koperal Mohd Faizal Md Daud dari Balai Polis Panchor yang mendekati murid-murid di Prasekolah Kebangsaan Semaseh, Panchor bagi melihat pematuhan SOP di sekolah berkenaan.
Sumber: Polis Daerah Muar
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#02072020
