Menu

#PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: HINA SULTAN JOHOR DAN TMJ, PESARA DIDENDA

Kajang, 3 Julai 2020 - Akibat membuat kenyataan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi aplikasi WhatsApp, seorang pesara didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mahadi Ibrahim, 58, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan bersalah, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, bapa kepada lima orang anak itu didakwa membuat kenyataan tersebut melalui aplikasi WhatsApp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 10.48 malam, 4 Jun lepas di Taman Semenyih Indah daerah Hulu Langat.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1856985

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS