Menu

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG [KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP BENTENG: TIGA GENG SELUDUP MIGRAN DIDAKWA

Kuala Lumpur, 3 Julai 2020 – Seramai 78 anggota Geng Otong, Geng Halim dan Geng Husen Maungdaw dihadapkan ke mahkamah di Johor, Perak dan Pulau Pinang semalam di atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang yang mendalangi sindiket penyeludupan migran di tiga negeri berkenaan.

Di Kota Tinggi, Johor, seramai 51 anggota Geng Otong berusia 21 hingga 59 tahun melibatkan 19 lelaki dan dua wanita tempatan, tiga pemastautin tetap, 25 warganegara Indonesia termasuk seorang wanita selain dua lelaki Myanmar dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi.

Mereka ialah anggota sindiket penyeludupan manusia membabitkan tekong darat, ejen, penjaga rumah penampungan dan pihak yang menguruskan pengangkutan atau "transporter".

Kesemua mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kesemua 51 tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Otong di Kota Tinggi antara Januari 2015 hingga Jun lalu.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS