Kuala Lumpur, 11 Julai 2020 - Polis telah berjaya mengesan 532 individu yang menjalani kuarantin di rumah namun gagal hadir saringan kedua COVID-19 sebelum ini dengan kesemuanya didapati telah berbuat demikian di klinik kesihatan berdekatan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis kini menjejaki baki 45 individu.
Mereka yang telah dikesan merangkumi 303 orang di Selangor, Kuala Lumpur (156), Johor (62), tiga di Sabah, masing-masing dua di Pahang dan Kedah, serta seorang masing-masing di Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Sarawak, katanya.
Menurutnya polis menerima senarai 577 individu yang dikategorikan ‘tercicir’ terbabit, iaitu gagal hadir saringan kedua COVID-19, daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan pada Jumaat minggu lepas.
“Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah telah melancarkan tindakan pengesanan ke atas individu-individu terbabit di seluruh negara,” katanya kepada Bernama di sini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1859453
Sumber: BERNAMA
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN