Menu

#PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: KES 'SEJUK BEKU' JSJK DIBUKA SEMULA - KPN

Kuala Lumpur, 12 Julai 2020 - Kesemua kes-kes ‘sejuk beku’ Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lepas akan diteruskan semula siasatan dengan pegawai bertanggungjawab diberi tempoh sebulan untuk menyelesaikannya, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata antara kes berkenaan ialah penipuan dalam talian dengan banyak kes tertangguh disebabkan pegawai penyiasat tidak melaksanakan tugas dengan baik, termasuk ada yang tidak menjalankan siasatan.

“Selain itu, ada juga kes JSJK yang mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah dan ada laporan polis yang dibuat pada 2013 (tapi siasatan) tidak berjalan,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini.

Menurut Tan Sri Abdul Hamid, pihaknya akan mengenal pasti pegawai penyiasat yang bertanggungjawab untuk diarah menyelesaikan kes masing-masing.

“Kes-kes sejuk beku ini perlu dibuka semula untuk memberi keadilan kepada mangsa yang teraniaya dan kami cari siapa pegawai penyiasat berkenaan, beri dia amaran satu bulan untuk siapkan siasatan kes,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.bernama.com/bm/am/news.php…

‪StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
‪HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS