Johor Bahru, 16 Julai 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas pelbagai barang seludup bernilai RM133.5 juta di negeri ini dari tahun 20I7 hingga kini.
Komander PPM, SAC Tuan Mohd Yusoff Mamat berkata, kejayaan itu melibatkan 3,917 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan antaranya penyeludupan migran, dadah dan minuman keras selain haiwan serta tumbuhan dilindungi.
"Secara purata, 31 bot ronda PPM Wilayah Dua Johor di lapangan menghasilkan 126 kes dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM4.3 juta bagi tempoh tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan dan Majlis Serah Terima Tugas Komander PPM Wilayah Dua, Pengerusi Perkep PPM Wilayah Dua dan Komandan Pusat Latihan Marin (PULAMAR) di Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi di sini, semalam.
Tuan Mohd Yusoff berkata, selepas ini menerusi Ops Benteng Laut, pihaknya akan meningkatkan operasi banteras penyeludupan di wilayah tersebut yang meliputi dari Sepang, Selangor ke Kukup, Pontian selain dari Pengerang ke Rompin, Pahang.
Menurutnya, hasil keberkesanan operasi berkenaan termasuk kejayaan menangkap 40 dalang utama penyeludupan migran di pantai timur Johor baru-baru ini, kegiatan tersebut semakin berkurangan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN