Menu

#PKPP #COVID-19 BATA SUMBANG 60 RIBU PASANG KASUT KEPADA “FRONTLINERS” PDRM

Kuala Lumpur, 17 Julai 2020 - Syarikat Bata Primavera Sdn. Bhd. yang diwakili pengarah urusannya, Tuan Ajay Ramachandran menyumbang sejumlah 60,000 pasang kasut bernilai RM3.6 juta kepada petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini. 

Sumbangan berkenaan adalah rentetan daripada pengumuman oleh syarikat kasut terkemuka dunia itu untuk menyumbangkan sejumlah satu juta pasang kasut kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di seluruh dunia yang terlibat dalam memerangi penularan wabak pandemik COVID-19. 

Berucap dalam majlis itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan keprihatinan pihak Bata kepada wira-wira negara yang telah berkorban serta bertungkus-lumus menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

“PDRM amat menghargai usaha murni pihak syarikat dalam menghulurkan sumbangan yang cukup bermakna ini. Lebih manis lagi, kasut ini bukan sahaja akan diagihkan kepada warga PDRM di semua peringkat, tetapi juga kepada ahli keluarga mereka”, ujarnya. 

Katanya lagi, melihat kepada kedudukan Syarikat Bata Primavera Sdn. Bhd. yang kukuh dalam industri pembuatan kasut dan keunggulan jenamanya, Koperasi PDRM Berhad (KPDRM) telah mengambil inisiatif untuk melabur sebanyak 150,000 unit bersamaan 10 peratus pegangan saham dalam syarikat berkenaan sejak Januari 1995.

“Sehingga Disember 2019, dividen yang terkumpul sebanyak RM37,104,150.00 telah diagihkan kepada KPDRM. Ini amat bertepatan dengan perancangan strategik koperasi, untuk mengekalkan pelaburan syarikat bagi memastikan keuntungan yang konsisten dalam jangka masa panjang,” jelas Tan Sri Abdul Hamid lagi.

Majlis tadi turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Pengerusi KPDRM, Dato’ Seri Ayub Yaakob, barisan Pengarah PDRM, para pegawai Syarikat Bata dan PDRM serta rakan media.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 3 people, people standing, wedding, suit and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bersama Pengerusi KPDRM, Dato’ Seri Ayub Yaakob dan Pengarah Syarikat Bata Primavera Sdn. Bhd., Tuan Ajay Ramachandran mengunjungi 'booth' pameran kasut yang telah disediakan oleh Syarikat Bata Primavera Sdn. Bhd.

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Image may contain: 9 people, people sitting and indoor
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Image may contain: 4 people, people standing and text
Pengarah Syarikat Bata Primavera Sdn. Bhd., Tuan Ajay Ramachandran menyerahkan replika kasut Bata kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador sebagai simbolik penyerahan sumbangan kasut kepada warga PDRM.

Image may contain: 20 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador menyerahkan sijil penghargaan kepada Pengarah Syarikat Bata Primavera Sdn. Bhd., Tuan Ajay Ramachandran.

Image may contain: 4 people, people standing, suit and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador bersama Pengarah Syarikat Bata Sdn. Bhd., Tuan Ajay Ramachandran mengunjungi ‘booth’ pameran kasut yang telah disediakan oleh Syarikat Bata Primavera Sdn. Bhd.

Image may contain: 9 people, people standing
Bergambar kenangan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS