Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay terkenal dengan ketegasannya dalam membanteras elemen keganasan dan penyeludupan. Sebelum menjawat jawatan itu pada Februari lalu, Ayob, 54 tahun ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman dan telah menangkap beratus-ratus individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti militan.
Malah, pengganas warga Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi pernah mengeluarkan ancaman bunuh terhadap Dato’ Ayob Khan sebelum dia terbunuh di Syria pada 2017. Ancaman berkenaan adalah permulaan kepada pelbagai ugutan berat lain terhadap diri Dato’ Ayob Khan sehingga sekarang. Dalam wawancara bersama wartawan Sinar Ahtul Nor Azura Md Amin dan Zulhisham Isahak di Johor Bahru minggu ini, Dato’ Ayob Khan menegaskan bahawa beliau tidak takut menerima ugutan bahkan berjanji para penyeludup tidak akan dapat tidur Iena selagi beliau menjadi Ketua Polis Johor.
SINAR AHAD: Sebagai Ketua Polis Johor, apakah cabaran dan perbezaannya berbanding tugas Dato’ di Bukit Aman sebelum ini?
CP DATO’ AYOB KHAN: Memang ada perbezaan yang amat ketara antara tugas saya sebelum ini sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas (E8), Cawangan Khas Bukit Aman dan sekarang sebagai Ketua Polis Johor. Dulu saya ambil tanggungjawab isu keganasan sahaja, bila jadi Ketua Polis Johor, tugasnya lebih besar. Isu yang paling penting ialah jenayah narkotik, penyalahgunaan dadah, gengsterisme dan jenayah indeks seperli bunuh, rogol, samun dan curi kenderaan.
Kemudian, negeri Johor ini memiliki kawasan pesisiran pantai sepanjang 530 kilometer, sebelah pantai barat Johor saja pantainya sejauh 220 kilometer. Disebabkan kawasannya luas, banyaklah pula isu lain termasuk isu penyeludupan manusia, barang dan kontraban seperti rokok dan arak. Johor pula bersempadan dengan dua buah negara iaitu Indonesia dan Singapura. Jadi ada isu bilateral dengan negara berkenaan. Selain itu. Johor juga berhadapan isu-isu berkaitan polltik. Semua ini ada di Johor.
Tetapi saya anggap perkara ini sebagai satu peluang, bukan satu masalah. Kalau kita nak jadi pemimpin yang bagus, mantap dan berpengalaman, kita kena letak di tempat-tempat yang banyak cabaran seperti di Johor. Di tempat yang mencabar itu kita akan lihat sejauh mana kemampuan pegawai kita berfungsi secara efektif.
SINAR AHAD: Dato’ baru tujuh bulan menjadi Ketua Polis Johor tetapi Dato’ dan pasukan telah berjaya membanteras kegiatan penyeludupan yang sudah berakar umbi di negeri ini. Apakah strategi dan kekuatan Dato’?
CP DATO’ AYOB KHAN: Yang pertama, alhamdulilah,saya mempunyai sebuah pasukan yang amaT mantap. Saya boleh katakan 95 peratus pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia di Johor semuanya berdedikasi, komited dan berintegriti. Mereka beri sokongan padu kepada semua misi atau arahan saya. Satu contoh, antara pegawai yang bagus ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Tuan Md Yusof Ahmad. Beliau berpengalaman dalam menangani isu-isu jenayah dan pendalang asing tanpa izin (PATI). Beliaulah penggerak utama operasi di Johor dengan dibantu anggota bawahan.
Beliau juga mencetuskan idea untuk tangkap PATI di bawah kesalahan jenayah terancang. Bila tangkap di bawah jenayah terancang, kita boleh tangkap semua elemen yang terlibat dalam penyeludupan PATI seperti ketua sindiket, ejen mengurus keluar masuk migran, tukang urus pengangkutan, tekong darat, tekong laut, penjaga rumah penampungan dan anggota penguat kuasa yang bersubahat. Semuanya kita dapat tangkap dan tuduh di bawah Kanun Keseksaan.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Sinar Harian seperti berikut.
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN