Menu

#PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: SINDIKET DADAH TUMPAS, HELAH BAWA ANAK KECIL LEPASI SEKATAN JALAN RAYA

Ipoh, 29 Julai 2020 - Sepasang suami isteri yang ditahan polis Isnin lalu kerana terbabit dalam sindiket pengedaran pil kuda bernilai RM2 juta, menggunakan taktik membawa dua anak kecil untuk mengelak ditahan ketika merentas sempadan negara.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Razarudin Husain, berkata suspek turut memilih taktik itu sebagai helah untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, suspek, lelaki tempatan dan isterinya adalah antara lapan yang ditahan polis dalam dua serbuan masing-masing di sebuah di bandaraya ini dan Kampar.

"Apabila mereka membawa kanak-kanak ini dan dilihat pihak berkuasa, mereka akan melepaskan kenderaan itu, namun kecekapan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak berjaya menangkap mereka," katanya.

Hasil serbuan dan tangkapan itu membongkar sindiket pengedaran dadah jenis pil Yaba dan WY yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu dengan mendapat bekalan dari negara jiran untuk dipasarkan ke luar negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Bacaan penuh seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/…/sindiket-dadah-bawa-anak-kecil…

Sumber: Polis Perak dan Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS