Kuala Lumpur, 30 Julai 2020 - Polis tidak akan 'memberi muka' terhadap kelab dan premis hiburan yang 'degil' meneruskan operasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, berkata kelab dan premis hiburan akan dikenakan tindakan tegas jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, ia termasuk mendakwa segala kesalahan yang dilakukan penganjur kelab hiburan bersama pengunjungnya.
"Kita lihat ramai yang melanggar PKPP dan memandang ringan perkara ini sehingga ada kelab hiburan dibuka dan memberi kebenaran lebih 300 orang masuk.
"Kita sudah membuka siasatan terhadap premis yang didakwa 'kelab kayangan' dan akan mengambil tindakan apa sahaja kesalahan yang boleh disabitkan termasuk berkaitan kes dadah." katanya selepas perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, pagi semalam.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN