Kuala Lumpur, 2 Ogos 2020 - Tiada lagi kompromi terhadap individu yang masih ingkar memakai pelitup muka di lokasi tumpuan dan dalam kenderaan awam.
Meskipun pemakaiannya diwajibkan semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menggunakan pendekatan berhemah dengan memberi teguran dan nasihat pada hari pertama pelaksanaan peraturan itu.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka telah diingatkan sejak seminggu lalu.
Sehubungan itu, tiada lagi alasan untuk masyarakat dengan sengaja melanggar perintah tersebut.
"Secara jelasnya, banyak hebahan telah dibuat di dalam media-media sosial.
"Jadi, langkah memberi nasihat semalam bukan bermakna kita tidak bertindak kerana kita akan mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang gagal mengikuti arahan berkenaan selepas ini" katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.
Sumber: Utusan Malaysia
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN