Kajang, 2 Ogos 2020 - Operasi pemantauan bersepadu pemakaian pelitup muka telah dijalankan oleh sepasukan anggota terdiri dari Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di kawasan tumpuan umum bagi mengekang penularan COVID-19.
Operasi bersepadu tersebut bertujuan memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengamalkan penjarakkan fizikal ketika berada di tempat awam.
Bermula semalam, pihak berkuasa mula memberikan amaran kepada orang ramai agar memakai pelitup muka di kawasan sesak, lokasi tumpuan umum dan dalam pengangkutan awam.
Sumber: Polis Daerah Kajang
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN