Menu

ARTIKEL PILIHAN: USAH AMBIL REMEH JENAYAH PEDOFILIA

Kangar, 3 Ogos 2020 - Masyarakat tidak boleh memandang remeh berkaitan gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak atau pedofilia dengan segera melaporkan jenayah tersebut kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat.

Dalam masa sama, Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Surina Saad turut menasihatkan ibu bapa agar peka dengan persekitaran anak-anak mereka bagi mencegah jenayah tersebut.

Katanya, laporan mengenai kes jenayah pedofilia masih kecil di negeri ini, tetapi beliau tidak menolak kemungkinan ada kes yang tidak dilaporkan.

“Ibu bapa perlu memainkan peranan kerana individu yang cenderung ke arah pedofilia ini mungkin ada berhampiran anak-anak mereka.

“Ini kerana, mereka yang terlibat dengan jenayah ini kelihatan seperti orang biasa sahaja. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri spesifik yang boleh diketahui kecederungan mereka.

“Kadang-kadang mereka ini mungkin boleh menjadi seorang yang pendiam dan tidak bercampur dengan orang lain.

Kecederungan mereka adalah pada kanak-kanak 13 tahun ke bawah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, seorang penoreh getah berusia 57 tahun direman lima hari kerana mencabul anak saudaranya sendiri berusia sembilan tahun dalam kejadian di sebuah rumah di sini pada 26 Julai lalu.

Sumber: Utusan Online

Image may contain: 1 person, closeup
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS