Menu

#PesananKhidmatMasyarakat PENDERAAN DOMESTIK: ANDA TIDAK BERSEORANGAN, LAPORKAN ‘KAKI PUKUL’ KEPADA PIHAK BERKUASA

Penderaan domestik atau keganasan rumah tangga bermaksud perlakuan ganas terhadap pasangan yang melibatkan penderaan secara fizikal, seksual, psikologi dan sosial.

Tingkah laku begitu bertujuan meraih kuasa dan mengekalkan kawalan terhadap pasangannya yang berpunca daripada rasa cemburu, rendah diri apabila pasangan lebih berpendidikan tinggi atau berpangkat dan kesukaran untuk mengawal emosi.

Organisasi wanita di Malaysia telah mengambil masa hampir satu dekad untuk memperjuangkan isu ini sebelum Akta Keganasan Rumah Tangga diluluskan pada tahun 1994. Dengan adanya akta berkenaan, keganasan rumah tangga kini merupakan satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

Sekiranya anda sendiri merupakan mangsa keganasan rumah tangga, jangan takut untuk laporkan penderaan yang dialami dengan hadir di mana-mana balai polis berhampiran. Nyatakan kejadian dengan jelas termasuk tarikh dan masa penderaan bagi membantu tugas penyiasatan.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di 15999 atau mana-mana organisasi wanita yang menawarkan bantuan seperti Women's Aid Organisation (WAO).

Ingatlah, anda tidak berseorangan dalam berhadapan dengan masalah tersebut kerana ramai pihak yang sudi membantu menyelamatkan anda daripada si ‘kaki pukul’ itu.

Sumber: Astro Awani dan Dorenos

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS