Menu

WARGA KONTINJEN SELANGOR BERI PENGHORMATAN TERTINGGI BUAT TIMBALAN KPN

Shah Alam, 3 Ogos 2020 - Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor diberi sambutan penuh istiadat kepolisan oleh warga Kontinjen Selangor dengan memeriksa kawalan kehormatan, sejurus tiba di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, pagi tadi.

Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri disambut oleh Ketua Polis (KP) negeri, CP Dato' Noor Azam Jamaluddin dan isteri yang juga Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Datin Roshafiza Abd Halim.

Sejurus selesai acara di dataran kawad, Dato' Pahlawan Mazlan dibawa ke Pejabat Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan Operasi) Selangor di Menara 2 IPK, dan kemudiannya mengadakan kunjungan ke Pejabat KP Selangor yang terletak di Menara 1. Ia merupakan pejabat lamanya sewaktu menjawat jawatan berkenaan dari 7 Julai 2017 sehingga 29 Januari 2019.

Usai lawatan, beliau juga diberikan kesempatan untuk menyampaikan amanat khas kepada warga Kontinjen Selangor di Dewan Utama IPK. Dalam ucapannya, Dato' Pahlawan Mazlan menyeru agar semua warga menjaga imej Pasukan dengan mengamalkan sikap profesional dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta negara.

Dalam majlis ringkas tetapi penuh bermakna itu, seramai 12 anggota polis dan pegawai awam Selangor telah dianugerahkan Sijil Tolak Rasuah dan Surat Penghargaan KPN atas khidmat juga jasa bakti cemerlang mereka kepada Pasukan selama ini.

Turut berlangsung dalam majlis berasingan adalah sesi lawatan Datin Farihah ke rumah PERKEP Kontinjen Selangor bersama ahli-ahli PERKEP yang lain.

Dato' Pahlawan Mazlan dan isteri seterusnya dirai dalam satu majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Dato' Noor Azam dan timbalannya, DCP Dato' Arjunaidi Mohamed di Dewan Utama IPK.

Program lawatan di Kontinjen Selangor merupakan siri lawatan kerja kedua beliau selepas Kontinjen Sarawak pada 24 Julai lalu.

Delegasi Dato' Pahlawan Mazlan juga telah meluangkan masa melawat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya terletak kira-kira 17 kilometer dari pusat bandar Shah Alam, yang mana beliau pernah menjadi Ketua Polis Daerah (KPD) suatu ketika dahulu dari 1 November 2006 sehingga 16 September 2007.

Hadir sama, Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Ruslan Khalid, barisan Ketua Jabatan dan KPD Selangor, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan, para pegawai PDRM, ahli-ahli PERKEP serta rakan media.

Image may contain: 4 people, outdoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor memeriksa barisan Kawalan Kehormatan.

Image may contain: 7 people, text that says 'AKMILIK PDRM HAD LAWATAN KERJA ම DIG DATO' PAHLAWAN MAZ AN BIN MANSOR TIMBALAN KETUA PO S NEGARA KE IBU PEJABAT POLIS KONT OGOS 2020 BERSA MAAN EN SELANGOR OR HIJJAH 1441H'
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menerima tabik hormat.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bergambar bersama pegawai kanan polis dari IPK Selangor.

Image may contain: 3 people
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku lawatan.

Image may contain: 6 people, people standing and indoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor mengadakan kunjungan ke Pejabat KP Selangor.

Image may contain: 2 people, indoor
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku lawatan.

Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor, text that says 'MILIK PDRM'
Sekitar tayangan video khas kepada Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS