Menu

CP DATO' ZAINUDDIN DILANTIK PENGARAH JSJK KE-10

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2020 - CP Dato' Zainuddin Yaacob dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) ke-10 bagi mengisi kekosongan jawatan itu selepas Dato' Sri Zakaria Ahmad bersara wajib pada 28 Jun lalu.

Dato' Zainuddin, 59 tahun yang merupakan bekas Ketua Polis Kedah telah memulakan kariernya sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis pada tahun 1987 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Sepanjang hampir 33 tahun dalam Pasukan, pelbagai jawatan penting pernah disandangnya seperti Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Perak, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan Jabatan Perdagangan) Kontinjen Kuala Lumpur, Ketua Polis Daerah Manjung, Perak dan Johor Bahru Selatan, Johor.

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSJK diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman antara Pemangku Pengarah JSJK, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin dengan Dato' Zainuddin disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Kemuncak majlis tadi ialah upacara penyerahan tongkat kuasa JSJK kepada Dato' Zainuddin yang menjadi simbolik rasminya beliau kini menerajui jabatan terpenting membanteras jenayah kolar putih dalam negara itu.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJK antara pemangku penyandang jawatan tersebut, Datin Syuhada Yahya dengan suri kepada Dato' Zainuddin, Datin Norrizah Nordin.

Ianya disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim, Timbalan-timbalan Pengarah, pegawai-pegawai kanan polis, ahli-ahli PERKEP serta rakan media.

Image may contain: 1 person, text that says '·宮** SYABAS DAN TAHNIAH SETINGGI TINGG UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATO' ZAINUDDIN YAACOB DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL YANG BAHARU IKHLAS DARIPADA SELURUH WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA PolisDirajaMalaysia pdrmsig PDRMsia PDRMsia'
Syabas dan tahniah diucapkan kepada CP Dato' Zainuddin Yaacob di atas perlantikan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang baharu.

Image may contain: 2 people, people standing, text that says 'MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JABATAN SIASATA ENAYAH KOMERSIL DAN PENGERUSI PERKEP BATAN SATAN IAYAH KOMERSIL DISAKSIKAN OLEH YDH IG TAN SR KETUA POLIS 7 OGOS2020 (JUMAAT) 0' UL VD BIN BADOR AMY SAKSI PDRM'
Upacara penyerahan tongkat kuasa jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil antara CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin dengan Dato' Zainuddin Yaacob disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 7 people, shoes
Bergambar kenangan.

Image may contain: 1 person, indoorSekitar saringan suhu badan ke atas Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador sebelum memasuki Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman.

Image may contain: one or more people, people sitting, living room, table and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 1 person, indoor
Bacaan doa bagi memberkati majlis.

Image may contain: 3 people
Sekitar upacara serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Image may contain: 2 people, people standing, text that says 'MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JABATAN SIASATAN HKOMERSIL DAN PENGERUSI PERKEP ABATAN SATA NAYAH KOMERSIL DISAKSIKANLEH OLEH YDH IG TAN SRI KETUA POLIS 70GS 2020 (JUMAAT)I Q' S IID BIN BADOR SAKSI PDRM @'
Upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil antara CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin dengan Dato' Zainuddin Yaacob disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: ‎3 people, ‎text that says '‎PDRM MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSILDAN PENGERUSI PERKEP ABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL DISAIKE YDH IG TAN SRI DATO' SERI ABDUL HAMID BIN BADOR KETUA POLIS NEGARA OGOS (JUMAAT) BUKIT AMAN Aבו.‎'‎‎
Sekitar upacara serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Image may contain: 3 people, text that says 'PDRM MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JABATAN SIAS TAENAYAH KOMERSIL DAN PENGERUSI PERKEP ARAT SIASATAN JENAYAH KOMERSIL DISAKSIKAN OLEH YDH IG TAN SRI DI KETUA POLIS NE 70G0S2020 (JUMAAT) ABDU AMID BIN BADOR ENYERAH'
Sekitar upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Komersil antara Datin Syuhada Yahya dengan Datin Norrizah Nordin disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.

Image may contain: 3 people, people sitting
Sesi sidang media.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS