Menu

DATO' PAHLAWAN MAZLAN MANSOR BANGGA WARISI DARAH PERWIRA, SARUNG SERAGAM KERAMAT SELAMA EMPAT DEKAD

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2020 - “Sepanjang empat dekad seragam biru ini setia membaluti tubuh, saya berpegang kepada kata-kata, usah ditanya apa sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara. 

"Meskipun berat hati ini untuk melangkah keluar dari ‘barisan’ Sang Saka Biru, namun saya amat bersyukur kerana berjaya mengakhiri tempoh perkhidmatan ini hingga ke penghujungnya." 

Itu antara bait-bait ucapan perpisahan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) ke-25, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan KPN yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Dalam majlis bersejarah itu, jawatan yang disandang oleh Dato' Pahlawan Mazlan selama setahun kini diserahkan kepada pemangkunya, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani sambil disaksikan oleh KPN, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. 

Pepatah ada menyebut, 'kalau sudah benihnya baik, dicampak ke laut menjadi mutiara, dihampar ke darat menjadi permata, dilambung ke angkasa menjadi kejora yang mempersona.' 

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai ketokohan Dato’ Pahlawan Mazlan, mewarisi darah perwira daripada ayahanda, bekas Pengarah KDNKA, Allahyarham Tan Sri Mansor Mohd Nor dan datuk beliau, bekas Ketua Polis Balai Tikam Batu, Kuala Muda, Kedah, Allahyarham Koperal Haji Din Haji Arshad, sehinggakan beliau berjaya sampai ke puncak, dan mengakhiri perkhidmatan sebagai Timbalan KPN bagi menjalani persaraan wajib pada esok, 14 Ogos 2020. 

Mengimbas sejarah hidup Dato' Pahlawan Mazlan yang merupakan anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang, beliau telah dilahirkan pada 14 Ogos 1960. Selepas menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dalam jurusan undang-undang. 

Tarikh keramat 4 November 1979 merupakan saat manis bermulanya karier beliau sebagai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor setelah menjalani latihan asas kepolisan selama enam bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. 

Sikap dedikasi dan kecemerlangan dalam tugas yang ditonjolkan oleh Dato' Pahlawan Mazlan telah mendapat kepercayaan penuh kepimpinan di peringkat daerah, negeri dan Bukit Aman untuknya memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Perak, Ketua Polis Negeri Melaka, Ketua Polis Selangor, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebelum bersama KPN, Tan Sri Abdul Hamid menerajui PDRM sebagai Timbalan KPN pada 9 Mei 2019.

Sepanjang 40 tahun 9 bulan berkhidmat dalam Pasukan, Dato' Pahlawan Mazlan telah merancang pelbagai bentuk strategi dari aspek pemantauan dan keberkesanan sesuatu operasi atau pencarian maklumat risikan jenayah, selain memberi buah fikiran yang terbaik dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan warga Pasukan kepada masyarakat. 

Menerusi pengalaman yang ditimba, Dato' Pahlawan Mazlan turut menghimpunkan nota-nota sepanjang perkhidmatan beliau dan mengabadikannya di dalam sebuah buku hasil nukilannya sendiri, yang bertajuk "Observations" sebagai sumber rujukan buat warga PDRM.

Biarpun beliau dilihat sebagai seorang yang tenang dan pendiam, namun Dato' Pahlawan Mazlan sentiasa tegas dalam membuat sesuatu keputusan, bagi memastikan setiap perancangan dilaksana mengikut matlamat yang ditetapkan. Personaliti beliau itu begitu dihormati dan disenangi oleh semua peringkat pegawai serta anggota PDRM. 

Terdahulu, majlis bersejarah pagi tadi turut berlangsungnya penyerahan tugas Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia antara Datin Farihah Mohd Zamri dengan pemangkunya, Datin Sri Ir. Zaitun Haji Mohd Isa sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.

Sebagai menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkannya kepada Pasukan serta negara, Majlis Perbarisan Paluan Berundur buat Dato’ Pahlawan Mazlan telah diadakan di Dataran Kawad, PULAPOL Kuala Lumpur, petang tadi.

Telah menjadi tradisi dan adat dalam PDRM bahawa di dataran kawad keramat itulah lahirnya seorang pemimpin Sang Saka Biru dan di situ jugalah individu itu akan diraikan sebaik sahaja sampai hari persaraan.

Beliau yang tiba pada jam 5.00 petang bersama isteri, Datin Farihah Mohd Zamri, diberi tabik 'Hormat Panglima' oleh Kawalan Kehormatan Utama yang turut membawa Panji-Panji Utama PDRM.

Detachment perbarisan pada petang tadi diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, DSP Mohd Zulfadli Zulkifli dan dibantu oleh ASP Mohd Farid Padzillah manakala mengetuai pegawai pembawa panji-panji utama adalah Inspektor Muhammad Shafik Ghazali bersama 27 orang pegawai kanan dan 312 pegawai pangkat rendah polis.

Dato' Pahlawan Mazlan kemudiannya memeriksa perbarisan diikuti perbarisan berjalan lalu pelbagai detachment dan aset dalam PDRM.

Acara persembahan berakhir dengan penyampaian deklamasi sajak bertajuk "Permata Sang Saka Biru" oleh ASP Julia Osman dan Koperal Nik Mustakim Nik Musa. Dato’ Pahlawan Mazlan kemudiannya diberi penghormatan untuk memimpin kumpulan Pancaragam Pusat PDRM yang membawakan lagu "Hawaii Five O" iaitu salah sebuah lagu kegemaran beliau sendiri.

Dato' Pahlawan Mazlan kemudiannya diarak menggunakan kenderaan istiadat PDRM dengan ditarik oleh para pegawai kanan, bermula dari Astaka Dataran Kawad sehingga ke Balai Pengawal Utama PULAPOL KL sebelum beliau dan isteri menandatangani Buku Pelawat buat kali terakhir.

Pada sebelah malam, turut diadakan majlis makan malam mengikut adat istiadat kepolisan yang bertemakan “Honouring The Fortitute and Gallantry” sebagai penghargaan tertinggi PDRM buat Dato’ Pahlawan Mazlan selaku bekas individu nombor dua di dalam Pasukan.

Turut hadir sepanjang majlis pada hari ini adalah barisan Pengarah PDRM dan isteri, pegawai-pegawai kanan, ahli-ahli PERKEP serta wakil-wakil media. 

Seluruh warga PDRM amat berterima kasih dan menyanjung tinggi khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor. 

Semoga Dato’ Pahlawan Mazlan sentiasa dilindungi Allah SWT dan berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tercinta.

Image may contain: 4 people
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bersama isteri, Datin Farihah Mohd Zamri menaiki kenderaan istiadat dan ditarik hingga ke Balai Pengawal.
 

Image may contain: 3 people, people standing
Upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara antara DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dengan pemangkunya, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: 4 people, people standing, text that says 'BALAI PENGAWAL PDRM'
Bergambar kenangan.
 

Image may contain: 2 people
Nyanyian lagu 'Negaraku'.
 

Image may contain: 1 person, sitting and table
Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara di antara DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dengan pemangkunya, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: 2 people, people sitting
Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara di antara DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dengan pemangkunya, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor, text that says 'PDRM'
Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara di antara DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dengan pemangkunya, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: one or more people and people sitting
Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia antara Datin Farihah Mohd Zamri dengan pemangkunya, Datin Sri Ir. Zaitun Haji Mohd Isa sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
 

Image may contain: 1 person, standing, text that says 'MILIK PDRM PENERIMA DUB'
Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia antara Datin Farihah Mohd Zamri dengan pemangkunya, Datin Sri Ir. Zaitun Haji Mohd Isa sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
 

Image may contain: one or more people, people sitting and table
Upacara menandatangani dokumen serah terima tugas jawatan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia antara Datin Farihah Mohd Zamri dengan pemangkunya, Datin Sri Ir. Zaitun Haji Mohd Isa sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
 

Image may contain: 3 people, people standing, text that says 'IPDRM SAKSI'
Upacara penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia antara Datin Farihah Mohd Zamri dengan pemangkunya, Datin Sri Ir. Zaitun Haji Mohd Isa sambil disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.
 

Image may contain: 1 person, text that says 'MAKTAB POLIS DIRAJA MAL MALAYSIA KUALA LUMPUR AKMILIK PDRM'
Ucapan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: 1 person, standing, text that says 'PDRM MAKTAB MAKTAB POLIS DIRAJA MALAYSIA KUALA LUMPUR'
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
 

Image may contain: 11 people, text that says 'DRM MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA DAN NAIB PENGERUSI PERKEP MALAY SIA SAKSIKAN YDH YDHIG TAN SRI DATO' SERI ABDUL HAMID BIN BADOR KETUA POLIS NEGARA 13000 (KHAMIS) EWANSUL KUALA LUMPUR RAJA MILAYSIA'
Bergambar kenangan.
 

Image may contain: 10 people, people standing
Bergambar kenangan.
 

Image may contain: 6 people, people on stage and outdoor
Panji-panji Utama dan Panji-panji Unit PDRM diarak masuk ke medan perbarisan.
 

Image may contain: one or more people and hat
Ketibaan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
 

Image may contain: 1 person, standing
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
 

Image may contain: 2 people, hat and close-up, text that says 'PDRM MAZLAN O'
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
 

Image may contain: 3 people, people standing
Barisan pucuk pimpinan PDRM memberi tabik hormat kepada Panji-panji Utama dan Panji-panji Unit PDRM.
 

Image may contain: one or more people
Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Mohamed Farid Abu Hassan memberi tabik hormat kepada Panji-panji Utama dan Panji-panji Unit PDRM.
 

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor diberi penghormatan untuk memimpin kumpulan Pancaragam Pusat PDRM yang membawakan lagu "Hawaii Five O" iaitu salah sebuah lagu kegemaran beliau sendiri.
 

Image may contain: 3 people, outdoor and close-up
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor bersama isteri, Datin Farihah Mohd Zamri menaiki kenderaan istiadat dan ditarik hingga ke Balai Pengawal.
 

Image may contain: 3 people
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor menandatangani buku pelawat di PULAPOL Kuala Lumpur buat kali terakhir.
 

Image may contain: 3 people, indoor
Bergambar kenangan.
 

Image may contain: 2 people, outdoor
Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, SAC Dato' Shamsudin Mat menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
 

Image may contain: 1 person, sitting
Sekitar Majlis Perbarisan Paluan Berundur Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS